Powered by Blogger.

Friday, December 14, 2012

Ketam Budu @ Ketam Budor?

 Ketam Budor yang saya hasilkan.

Biasa disebut sebagai 'Ketam Budu', dahulu memikirkan juga kenapa perkataan 'budu' menjadi nama untuk tanjak dari Kelantan ini. Akhirnya, barulah saya mendapat jawapan dari seorang teman penggiat seni budaya dari Kelantan yang bekerja di KL (Grup Pesiban), Sdr Dian Nais di facebook apabila gambar tanjak ini dimuatnaik. Kata beliau, dalam bahasa Melayu Kelantan lama, 'budor' itu bermaksud 'kasih'. Jadi keseluruhan makna 'ketam budor' adalah 'menuai kasih'. Makanya selepas ini, saya akan menggunakan perkataan 'Ketam Budor' bukan lagi Ketam Budu seperti yang tercatat dalam kebanyakan buku atau mana-mana penulisan sama ada bercetak, di blog dan sebagainya.

Saya suspek tanjak lain yang bernama Getam Budu juga sebenarnya adalah Getam Budor. Jenis-jenis sepertinya adalah Getam Pekasam.

Pengalaman saya yang kecil ini, ia adalah antara tanjak yang paling sukar untuk dibuat. Ketekunan dan kesabaran menjadi kunci untuk menghasilkan tanjak jenis ini. Jika tidak, memang tidak menjadi, seninya sedikit berbeza dengan tanjak yang lain, untuk membuatnya, ia sukar ditiru begitu sahaja, melainkan ada yang menunjuk-ajar. Untuk itu, saya amat berterima kasih kepada Tuan Fariz (Grup Keris Warisan) yang memberi tunjuk-ajar sewaktu bengkel di Kelab Sultan Sulaiman baru-baru ini.

Terima kasih kepada Tuan Fariz dan Sdr Dian.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP