Powered by Blogger.

Sunday, October 28, 2012

Cara @ Kaedah Mengkanji Kain

Salam hormat. 

Dalam proses untuk membuat tanjak, ada kala kain terlalu lembut dan menyebabkan sukar untuk membentuk 'solek' atau desain yang diingini. Ini berlaku kerana ia bergantung kepada tekstur dan kualiti kain songket yang dibeli atau dibuat. Jadi, salah satu cara untuk mengatasi perkara tersebut adalah dengan 'mengkaji' terlebih dahulu agar penghasilan lebih nampak natural tetapi agak kukuh. Dengan ini, diperturunkan cara atau kaedah mengkanji songket oleh Tuan Fariz Wan Mat Alli (Setelah mendapat izin beliau).

 1. Beberapa kain songket yang siap untuk dikanji

 2. Air kanji yang sudah cair, dispakan terlebih awal dengan menggunakan sedikit campuran tepung kanji dan air
 3. Rendam seketika kain songket yang sudah disediakan, dan rata-ratakan ke semua bahagian

 4. Biarkan kain direndam dalam beberapa saat

 5. Kemudian perahkan air kanji yang berlebihan pada kain

 6. Proses seterusnya adalah menjemurnya untuk seketika


7. Seterusnya membuat contoh tanjak yang dikehendaki terlebih dahulu

 8. Sesudah itu, membuat tanjak dari kain songket yang sudah dijemur dan diseterika.

 Tanjak Seluk Timba @ Solok Timbo dari kain songket jenis tapak catur

 Kedudukan 'pucuk' (bahagian yang terkeluar sedikit di belakang tanjak tersebut)
 di sebelah kanan

Kedudukan 'lambaian kasih' di sebelah kiri pemakai

Kredit 'Kaedah' dan Gambar : Tuan Fariz Wan Mat Alli (Keris Warisan)

*TEPUNG KANJI :

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour) - sumber 

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP